Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Rabu, 10 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. Sebanyak 292,179 kenderaan diperiksa pada Selasa berbanding 188,804 kenderaan hari sebelumnya.

2. 26 individu ditahan polis kerana ingkar arahan PKPB.

3. PDRM mengeluarkan kompaun kepada 57 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

4. CIDB memeriksa 179 tapak pembinaan, satu diarah tutup.

5. KPDNHEP memeriksa 2,551 premis, 87 premis diberi nasihat, lima premis diberi notis amaran kerana tidak patuh SOP.