Kementerian itu menerusi kenyataan berkata kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada 6 petang waktu tempatan itu dikejarkan ke Mayo General Hospital di Castlebar untuk menerima rawatan.

"Tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang, manakala dua lagi masih dirawat," katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa tersebut dilaporkan stabil.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui kedutaan besarnya di Dublin, Ireland akan terus memantau keadaan mangsa serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
-- BERNAMA