KOTA KINABALU:Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengenal pasti kes positif COVID-19 melibatkan lima pegawai yang bertugas di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Papar, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Susulan itu, seramai 33 pendatang tanpa izin di pusat tahanan berkenaan telah menjalani saringan pada Sabtu dan masih menunggu keputusan, katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.
Sementara itu, Masidi berkata terdapat 889 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah pada Sabtu dengan enam kematian direkodkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 11,285 kes dan sehingga Sabtu, seramai 4,908 pesakit dilaporkan sembuh manakala 6,287 pesakit sedang menerima rawatan di hospital seluruh negeri, katanya.
Masidi berkata Kota Kinabalu kekal mencatat kes tertinggi iaitu 557 kes, dengan 434 kes daripadanya adalah kluster Penjara Kepayan.
Beliau berkata banduan dan orang kena tahan (OKT) adalah antara kategori yang perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke lokap polis atau ke dalam penjara.
"Sebenarnya, banduan-banduan di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan menjalani saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke dalam penjara. Contohnya, jumlah kumulatif banduan dan OKT yang disaring di Sandakan setakat hari ini adalah 767 orang," katanya.
Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata, sejumlah RM26.7 juta peruntukan telah disalurkan di 25 daerah seluruh negeri untuk digunakan bagi tujuan pengagihan bakul makanan yang sedang giat dijalankan ketika ini.
Sehingga kini, sebanyak 84,814 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan dan jumlah itu akan bertambah dari hari ke hari, katanya.
"Berdasarkan Garis Panduan Bekalan Bakul Makanan yang telah disediakan, nilai bakul makanan tersebut adalah RM100 setiap satu," katanya.
Mengenai kadar pematuhan penduduk terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Masidi berkata, Sabah mencatatkan 96.13 peratus.
Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan terus mematuhi SOP termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020
Masidi berkata terdapat 889 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah pada Sabtu dengan enam kematian direkodkan. - Gambar fail
Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil
Suspek dikenali sebagai Jibril turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.