Lima pegawai imigresen ditahan kerana disyaki terbabit mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dengan usaha mensabotaj Sistem MyIMMs akan diteruskan.

Polis juga ada merampas beberapa barang mereka antaranya dokumen dan siasatan akan diteruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Mei lalu, Jabatan Imigresen mengumumkan 15 pegawai pelbagai peringkat telah dibuang kerja kerana didapati mensabotaj Sistem MyIMMS.

BACA: Sabotaj myIMMs: 100 termasuk pegawai Imigresen terlibat - Zahid

BACA: KDN tubuh jawatankuasa tambah baik MyIMMS


Empat belas pegawai turut ditahan kerja, lapan ditangguh pergerakan gaji manakala 63 ditukar tempat kerja.