SHAH ALAM : Setelah berjalan kaki sejauh 312 kilometer (km) dari Tol Skudai bagi membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemandu teksi, Norazlan Ismail akhirnya selamat tiba di Pintu 3 Istana Negara pada Isnin.
Bapa kepada lima cahaya mata itu nekad mengarungi hujan panas selama lima hari untuk ke ibu negara atas desakan dan kepayahan hidup yang dialaminya.
Kongsinya, idea untuk berjalan kaki itu timbul setelah melihat usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin yang menyokong pengeluaran tersebut ditolak oleh kerajaan.
“Justeru, datang satu jalan yang nak tunjukkan bahawa orang bawahan macam saya memang sangat memerlukan (wang pengeluaran KWSP) untuk menyelesaikan hutang-hutang sedia ada.
“Terima kasih kepada NGO, pemimpin tidak kira kerajaan ataupun blok pembangkang yang bersusah payah, daripada merekalah datangnya ilham saya.
“Alhamdulillah, harap perkara ini dapat lembutkan hati pemimpin kita,” katanya menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di media sosial pada Isnin.
Pada Isnin, Norazlan yang berpakaian kot dan bersongkok dilihat tiba di Pintu 3 Istana Negara kira-kira jam 11.03 pagi ditemani Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Pada 29 Mac lalu, Norazlan mencuri tumpuan ramai apabila nekad berjalan kaki sejauh 312km dari Tol Skudai ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kesusahannya disedari pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norazlan mengakui tindakan itu umpama 'misi gila', namun dia menganggapnya sebagai usaha agar kerajaan memahami betapa terdesak individu sepertinya mahukan pengeluaran caruman KWSP.
Sementara itu, berkongsi tentang keadaan kesihatannya sepanjang perjalanan, Norazlan memberitahu, selain berdepan cuaca tidak menentu termasuk hujan, dia hanya mengalami masalah kaki melecet, namun masih tetap semangat untuk mengharungi cabaran tersebut.
“Alhamdulillah sekadar melecet sahaja, tetapi dengan semangat yang saya bawa dari Johor menambahkan kelajuan saya berjalan.
“Sepanjang perjalanan, ramai tegur dan nak hulurkan pertolongan. (Ada yang) nak tumpangkan, beri duit. Tetapi bukan itu motif saya. Kalau nak orang tumpangkan, baik saya naik bas dari Johor ke Kuala Lumpur. Tidak perlu susah-susah saya (jalan kaki).
“Saya nak pemimpin nampak perkara ini, syukur saya berjaya. Walaupun saya tidak dapat jumpa Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), tetapi Alhamdulillah saya dapat cenderahati daripada Tuanku, bermaksud Seri Paduka Baginda tahu saya ada di sini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 03 2023
![Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680510480_Limaharijalankaki.jpg)
Norazlan berkata, idea untuk berjalan kaki itu timbul setelah melihat usaha beberapa NGO dan pemimpin yang menyokong pengeluaran tersebut ditolak oleh kerajaan. - Gambar/ Sinar Harian
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732399317_TBFadillahYusof.jpg)
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
![Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696143118_TBUMPSA.jpg)
Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti
Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.
![Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682751349_Lelakikudungtangan.jpg)
Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah
Seorang lelaki bertekad memulakan perjalanan secara solo dengan berjalan kaki sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah.
![Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680510480_Limaharijalankaki.jpg)
Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP
Setelah berjalan kaki sejauh 312 km dari Skudai bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP, pemandu teksi, akhirnya tiba di Pintu 3 Istana Negara pada Isnin.
![Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673450824_GuruSKWasaiterp.jpg)
Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah.
![PRU15: Dua wanita Orang Asli berjalan 15km di laluan balak untuk mengundi PRU15: Dua wanita Orang Asli berjalan 15km di laluan balak untuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668859311_orangaslimengundi.jpg)
PRU15: Dua wanita Orang Asli berjalan 15km di laluan balak untuk mengundi
Dua wanita Orang Asli suku kaum Temiar berjalan kaki sejauh 15 kilometer ke pusat mengundi di SK Kuala Betis, di Gua Musang.
![Langkah pasca COVID-19: Sampai bila rakyat harus berjalan kaki di Tambak Johor? Langkah pasca COVID-19: Sampai bila rakyat harus berjalan kaki di Tambak Johor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589940537_FBREAKinsertname.jpg)
Langkah pasca COVID-19: Sampai bila rakyat harus berjalan kaki di Tambak Johor?
Memang benar COVID-19 telah menghambat ekonomi dunia dan menyebabkan jumlah pelancong ke Malaysia merudum. Akan tetapi, ekonomi negara dan dunia juga dijangka meningkat setelah pandemik ini berakhir.
![COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61585551935_johor.jpg)
COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami
Herman Sudil memberitahu ibunya datang ke Johor Bahru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.
![Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71543156957_TBBINTULUCANCERWALK.jpg)
Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser
Tiga sahabat mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.
![Empat cedera jambatan runtuh di Prague Empat cedera jambatan runtuh di Prague](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81512266883_Praguebridge.jpg)
Empat cedera jambatan runtuh di Prague
Empat cedera dalam satu kejadian tanah runtuh di Prague, Republik Czech pada Sabtu.