KAMPAR: Lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi ini, dikatakan dalam perjalanan ke Tapah untuk membawa datuk mereka menjalani pemeriksaan di Hospital Tapah.
Anak keempat daripada lapan beradik, Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16 tahun, berkata, ibu, abang sulung serta tiga adiknya yang keenam, tujuh dan lapan, turut mahu melawat neneknya yang kurang sihat.
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
"Saya dapat tahu emak, ibu, abang dan adik-adik meninggal pukul 7.30 pagi tadi, dimaklumkan oleh kakak saudara.
"Tetapi ketika itu saya tak percaya, sebab mungkin dia hanya bergurau. Kemudian, cikgu panggil, barulah saya percaya dan terus datang hospital," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah.
Menurutnya, pesanan terakhir ibunya ketika mereka bertemu ialah supaya dia menjaga diri, belajar rajin-rajin dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Sementara itu di Hospital Kampar, suasana hiba menyelubungi pekarangan Unit Forensik apabila kaum keluarga berkumpul menunggu untuk menuntut jenazah mangsa.
Dalam kemalangan awal pagi ini, lima beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum terbakar.
Azriyani Abdul Latif, 45 tahun, dan tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23 tahun, Siti Nur Aminah, 8 tahun, dan Ahmad Uwais Al Qorni, 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi anaknya, Muhammad Fawwaz, 7 tahun, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 16 2023

Dalam kemalangan awal pagi ini, lima beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum terbakar di KM310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kampar. - Foto JBPM Perak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya yang lalu.

Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak
Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.