Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA '15) membuka peluang kepada negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merancang hala tuju pembangunan dan memperkasakan pertahanan negara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah LIMA merupakan pentas yang tepat untuk ATM menilai pengupayaan aset pertahanannya seperti teknologi, kemampuan, keupayaan dan aspek lain yang berkaitan.
Dari sudut ekonomi, LIMA membantu ATM mendapat 'tawaran terbaik pada harga terbaik', titah baginda selepas melawat tapak pameran dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta kapal-kapal perang negara asing yang menyertai LIMA'15 di sini, pada Rabu.
Tuanku Syed Faizuddin ialah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral, berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Arau, Perlis.
Berangkat sama melawat pameran ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan baginda berdua di Awana Porto Malai, tempat pameran maritim disambut oleh Asisten Ketua Staf J5 Markas Angkatan Bersama di Kuala Lumpur, Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman yang mewakili TLDM.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin, LIMA 2015 mampu memainkan peranan dalam mempertingkat keupayaan ATM khususnya Tentera Darat dalam pelbagai aspek seperti kesedaran medan tempur.
"Perkara ini penting kerana ia memberi maklumat dan perisikan terkini serta tepat tentang keadaan sebenar medan tempur sebelum melaksanakan operasi.
"Aset dan peralatan moden yang canggih membantu meningkatkan keberkesanan operasi serta berkeupayaan mengesan pergerakan musuh, penugasan ISR & T (Risikan, Tinjauan, Risik Balas dan Sasaran)," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah peralatan yang dipacu teknologi tinggi menjadi keperluan dalam peperangan siber dan mesti dimiliki ATM untuk mengukuhkan pertahanan negara dalam era pemodenan pasukan tentera yang canggih dan dinamik.
Pemilikan aset-aset moden dan canggih meletakkan ATM dalam mod bersedia dan berkeupayaan melaksanakan penugasan dalam pelbagai dimensi seperti operasi bantuan kemanusiaan dan bencana alam, titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin turut meninjau kapal korvet India, INS Kamorta yang berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai.
Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Muda disambut oleh Timbalan Panglima Angkatan Laut India, Laksamana Sunil Lanba.
Baginda berdua turut melawat pameran aeroangkasa di Dewan Mahsuri dan menyaksikan pertunjukan kapal terbang oleh negara-negara yang menyertai LIMA 2015 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Bernama
Wed Mar 18 2015
RAJA MUDA PERLIS: LIMA 2015 buka peluang ATM rancang hala tuju - Gambar fail
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.