KUALA LUMPUR: Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Lim Guan Eng hanya tersenyum dan kelihatan gembira apabila menerima sampul surat berisi wang rasuah RM200,000 yang diserahkannya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2013 dan 2014.
Zarul Ahmad, 62, berkata beliau menyerahkan wang RM100,000 kepada Lim pada 2013 sebagai tanda 'milestone' pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
"Sumber wang tunai RM100,000 ini adalah dari wang syarikat ZCSB. Duit RM100,000 ini adalah sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh YB Lim Guan Eng," katanya.
Zarul Ahmad berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Menceritakan kejadian itu, Zarul Ahmad berkata beliau telah membuat temu janji dengan Lim pada Ogos 2013 melalui setiausaha sulit kanan Lim untuk memberi laporan berkenaan projek tersebut dan juga mendapat nasihat hala tuju daripada ahli politik itu.
"Selepas perbincangan yang diadakan di pejabat YB Lim di tingkat 28, Bangunan KOMTAR, saya telah mengeluarkan sampul bersaiz A4 yang mengandungi duit tersebut.
"Saya sendiri telah menyerahkan sampul kepada beliau dan mengatakan kepadanya "Ini untuk tuan". YB Lim mengambil sampul itu dan cuma tersenyum ketika menerimanya," kata saksi pendakwaan ke-23 itu.
Berkenaan pembayaran kali kedua kepada Lim sebanyak RM100,000, Zarul Ahmad menjelaskan ia berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2014 di pejabat Lim di tingkat 28, Bangunan KOMTAR.
"Saya membawa wang tunai RM100,000 yang saya letakkan di dalam satu sampul putih. Sebelum menyerahkan wang itu, kami ada bercakap berkenaan perkembangan kajian ketersauran yang sedang saya lakukan berkaitan projek pembinaan tersebut.
"Pada peringkat ini, syarikat saya telah diberikan surat anugerah untuk melaksanakan projek tersebut. YB Lim menerima sampul putih itu setelah saya hulurkan kepadanya. Saya berada di pejabat YB Lim sekejap saja dan beliau kelihatan gembira setelah menerima sampul tersebut daripada saya," katanya.
Zarul Ahmad memaklumkan wang itu juga sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh Lim daripada keuntungan syarikat.
Terdahulu, Zarul Ahmad menjelaskan Lim tidak meminta wang daripadanya tetapi beliau cuba menunaikan janji atas permintaan Lim yang menuntut 10 peratus daripada keuntungan daripada projek terowong dan jalan-jalan utama itu.
"Sebagai seorang ahli perniagaan, etika untuk mengotakan janji adalah penting. Semua sumber wang yang saya dapat pada waktu itu adalah daripada dana modal kerja.
"Dana tersebut saya peroleh daripada pelabur seperti Pengarah Urusan Ewien Zenith Sdn Bhd (EZCB) mendiang Datuk Ewe Swee Kheng. Saya menyimpan sebahagian daripada sumber tersebut dalam bentuk tunai untuk membuat sumbangan kepada YB Lim," katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022
Zarul Ahmad (kanan) berkata, beliau menyerahkan wang kepada Lim pada 2013 sebagai tanda 'milestone' pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura disabitkan 5 pertuduhan, hukuman 3 Oktober
Bekas menteri pengangkutan Singapura, S. Iswaran disabitkan dengan lima pertuduhan selepas mengaku bersalah berikutan pindaan yang dikemukakan pendakwa raya pada hari pertama perbicaraannya.
Pengarah urusan, pengurus besar syarikat konsesi pengiklanan direman lima hari
Seorang pengarah urusan dan pengurus besar sebuah syarikat konsesi pengiklanan di Shah Alam, Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.
Hukuman ke atas Donald Trump ditangguh sehingga selepas pilihan raya
Hakim Juan Merchan menetapkan hukuman akan dijalankan tepat tiga minggu selepas pilihan raya pada 5 November.
Kes rasuah: Bekas SU Politik Hamzah Zainudin akan kemuka representasi
Kes dihadapi bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin itu membabitkan dakwaan rasuah berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alatan PDRM.
Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025
Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin, Muhammad Faisal Hamzah akan bermula 24 Mac tahun depan.
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.
SPRM kesan seorang lelaki bagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.