Pembayar cukai yang belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan Borang Nyata Petroleum ditawarkan pengurangan penalti antara 15 hingga 20 peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Jelasnya, pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac lepas hingga 15 Disember ini.
Individu atau syarikat yang dikenakan penalti bagi kes audit dan siasatan cukai, turut diberi tawaran pengurangan penalti antara 25 hingga 35 peratus menerusi inisiatif itu.
"Tawaran pengurangan penalti dan penghapusan cukai diperkenalkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperolehi sasaran cukai sebanyak RM1 bilion tahun ini serta mengurangkan jurang cukai di negara ini.
"Ia juga bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan pembayar cukai khususnya perniagaan serta meningkatkan aspek pematuhan cukai mereka," katanya pada sidang media mengenai pengurangan penalti dan penghapusan cukai itu di sini, hari ini.
Ia susulan pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela melaporkan pendapatan bagi tahun ke belakang selain menyelesaikan tunggakan cukai mereka.
Sebelum ini, penalti sebanyak 45 hingga 100 peratus dikenakan kepada pembayar cukai yang gagal melaporkan maklumat cukai pendapatan dengan betul manakala mereka yang gagal mengemukakan borang cukai pendapatan dikenakan penalti 45 hingga 300 peratus.
Penalti bagi kes-kes audit pula adalah di antara 45 hingga 100 peratus, katanya.
Mengulas e-Filing, Chua berkata, seramai empat juta pembayar cukai telah menggunakan kemudahan itu tahun lepas.
Walaupun tidak dapat memberi anggaran sebenar kutipan itu, beliau menyifatkan sebanyak 200 panggilan diterima talian hotline yang dibuka sejak 10 hari lepas menjadi petanda baik rakyat terhadap inisiatif itu.
Menurut Chua, berdasarkan maklumat Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jurang cukai Malaysia adalah kira-kira 20 hingga 30 peratus yang disifatkan tinggi berbanding negara-negara lain iaitu antara lima hingga enam peratus.
Bernama
Thu Mar 03 2016

Pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac hingga 15 Disember. -Gambar fail/Shahir Omar

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod MISC layak mendapat penangguhan bayaran.

Tarikh akhir kemuka BNCP bagi syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan petroleum kekal - LHDNM
Ia telah mengambil kira kesan penularan COVID-19 dan tambahan masa dua serta tiga bulan diberi secara automatik kepada pembayar cukai yang layak.

Shahrir Samad mengaku tidak bersalah
Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu ini.

Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016
Berikut adalah senarai cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia dan senarai pelepasan cukai.

6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau terlupa kata laluan, berikut adalah 6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing.

LHDN tawar pengurangan penalti 15 hingga 20 peratus kepada pembayar cukai
Pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac lepas hingga 15 Disember ini.

Pembayar cukai boleh guna e-Filing mulai 1 Mac
Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.

Tarikh akhir hantar borang BNCP melalui E-Filing dilanjut sehingga 15 Julai - LHDN
Pelanjutan tarikh itu bagaimanapun adalah bagi mereka yang mengisi borang borang B, BT, M dan MT secara e-Filing dan yang ingin membuat bayaran baki cukai sahaja.

Lebih 2.6 juta bayar cukai guna e-Filing
LHDNM mengucap terima kasih dalam sebuah kenyataan media kepada semua pembayar cukai yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka.