Kaunter perkhidmatan e-Filing dan bayaran cukai di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara akan beroperasi pada hujung minggu ini.
LHDN dalam satu kenyataan pada Selasa berkata bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor yang hujung minggu jatuh pada Jumaat dan Sabtu, kaunter dibuka pada 27 dan 28 April manakala bagi negeri yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, kaunter akan dibuka pada 28 dan 29 April.
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang, katanya.
Menurut kenyataan itu, kaunter berkenaan dibuka pada hujung minggu bagi membantu pembayar cukai yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan e-Filing.
Sehubungan itu, LHDN meminta pembayar cukai menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP mereka dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sementara itu, pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan diberi tambahan masa sehingga 15 Mei depan untuk mengemukakan borang BE atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.
Manakala pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan pula diberikan tambahan masa sehingga 15 Julai untuk mengemukakan Borang B atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.
"Tambahan, masa ini tidak terpakai untuk pengemukaan BNCP secara manual (borang kertas) di mana tarikh akhirnya kekal pada 30 April bagi individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan atau 30 Jun bagi individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan.
"Oleh yang demikian, LHDN menyeru pembayar cukai agar menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP mereka dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan penalti dikenakan," katanya.
Sebagai rekod, sehingga jam 9 pagi hari ini, sebanyak 1.7499 juta BNCP telah diterima daripada pembayar cukai individu melalui kaedah e-Filing. Angka itu menunjukkan peningkatan sekitar 5.52 peratus berbanding penerimaan BNCP melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu bagi tempoh yang sama pada tahun lepas (1.6583 juta).
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pusat panggilan LHDN di talian 1-800-88-5436.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018

Kaunter LHDN akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang hujung minggu ini..

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod MISC layak mendapat penangguhan bayaran.

Tarikh akhir kemuka BNCP bagi syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan petroleum kekal - LHDNM
Ia telah mengambil kira kesan penularan COVID-19 dan tambahan masa dua serta tiga bulan diberi secara automatik kepada pembayar cukai yang layak.

Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu ini.

Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016
Berikut adalah senarai cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia dan senarai pelepasan cukai.

6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau terlupa kata laluan, berikut adalah 6 maklumat penting tentang kemudahan e-Filing.

Pembayar cukai boleh guna e-Filing mulai 1 Mac
Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.

Tarikh akhir hantar borang BNCP melalui E-Filing dilanjut sehingga 15 Julai - LHDN
Pelanjutan tarikh itu bagaimanapun adalah bagi mereka yang mengisi borang borang B, BT, M dan MT secara e-Filing dan yang ingin membuat bayaran baki cukai sahaja.