PUTRAJAYA: Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) yang layak mendapat penangguhan pembayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500).
Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, satu pemberitahuan melalui e-mel rasmi menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my akan dikeluarkan kepada pembayar cukai yang layak berdasarkan maklumat Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang diterima LHDN.
Menurut LHDN, pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC namun tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel cp204pemerkasa@hasil.gov.my atau cp500pemerkasa@hasil.gov.my.
Penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai secara automatik bagi tempoh 1 April hingga 31 Dis 2021 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan kepada pembayar cukai yang layak.
LHDN telah menyediakan soalan lazim berkaitan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) yang boleh dicapai melalui pautan versi bahasa Melayu http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_1.pdf dan versi bahasa Inggeris http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_2.pdf.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung perkara berkenaan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Recovery Call Centre di talian 03-8751 1000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021

Menurut LHDN, pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC namun tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel. - Gambar fail

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Guna logo LHDN tanpa kebenaran satu kesalahan di bawah Akta 414
LHDN pandang serius penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

HASiL sumbang RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam.

Syarikat milikan tunggal paling tinggi elak bayar cukai di P. Pinang
LHDN Pulau Pinang mendapati perniagaan milikan tunggal dikenal pasti sebagai kumpulan paling tinggi mengelak daripada membayar cukai.

RUU LHDN (Pindaan) 2023 ditangguh ke sidang akan datang
Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176 bilion dapat dicapai - LHDN
Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.

'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.

Saya tidak diminta taksir RM1 juta yang diterima Shahrir - Pegawai LHDN
Menurut pegawai berkenaan, beliau tidak diminta membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Shahrir adalah pendapatan atau tidak.

Kes cukai tertunggak: Permohonan Najib, Nazifuddin untuk gantung pelaksanaan penghakiman terus didengar 21 Sept
Peguam Wee Yeong Kang mengesahkan bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam prosiding pengurusan kes hari ini.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan LHDN berhubung hak mengakses akaun pelanggan firma guaman
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman.