PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel itu berkata isi kandungan akaun pelanggan yang berkaitan dengan akaun dan wang milik pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan.
"Justeru peguam tidak dibenarkan mendedahkan atau memberikan isi kandungan akaun pelanggan kepada LHDN berdasarkan peruntukan Seksyen 126 Akta Keterangan 1950.
"Keistimewaan itu dimiliki pelanggan dan bukan peguam. Ia memerlukan pelanggan untuk mengetepikan keistimewaan itu agar peguam boleh memberikan kandungan akaun pelanggan kepada LHDN," katanya.
Tengku Maimun berkata LHDN gagal memahami bahawa kandungan akaun pelanggan adalah terdiri daripada wang dan dokumen milik seorang pelanggan dan dibuat atau diberikan semasa menggaji peguam untuk mendapatkan perkhidmatan.
Tengku Maimun berkata tiada alasan kukuh yang diberikan bagi membolehkan LHDN melihat akaun pihak ketiga untuk mengenakan cukai terhadap peguam atau firma guaman.
Dalam keputusan sebulat suara itu, beliau juga berkata mahkamah berpandangan bahawa Seksyen 142(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mengetepikan Seksyen 126 Akta Keterangan yang menyatakan bahawa wang milik seorang pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan.
Beliau juga berkata terdapat pengecualian kepada Seksyen 126 yang memberikan keisimewaan iaitu seorang peguam dibenarkan membuat laporan mengenai perlakukan aktiviti haram membabitkan pelanggannya kepada pihak berkuasa.
"Ini menyediakan perlindungan yang mencukupi terhadap orang yang cuba secara tidak sah mengelak daripada dikenakan cukai," katanya.
Tengku Maimun berkata LHDN hendaklah dihalang daripada memulakan 'satu ekspedisi memancing' untuk meneliti akaun pembayar cukai dengan tujuan mengenakan cukai.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodariah Bujang serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hanipah Farikullah.
Pada 2016, Majlis Peguam menulis surat kepada Ketua Pengarah LHDN menyatakan ia menerima aduan daripada ahlinya bahawa LHDN telah menyerbu firma guaman bagi melakukan audit ke atas akaun pelanggan mereka serta mendesak untuk melihat buku dan rekod perakaunan terbabit.
Majlis Peguam mendakwa dokumen dan maklumat yang diminta oleh LHDN adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan dan tidak boleh diberikan kepada LHDN.
Pada 7 Dis tahun sama, Ketua Pengarah LHDN menjawab dan mengatakan bahawa audit ke atas akaun pelanggan perlu dilakukan bagi memastikan 'pematuhan cukai' oleh pembayar.
Ketua Pengarah LHDN berkata audit itu tidak bercanggah dengan mana-mana keistimewaan peguam-pelanggan kerana Seksyen 142 (5) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengatasi peruntukan Akta Keterangan 1950 dan Akta Profesion Perundangan 1976.
Majlis Peguam kemudian memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memohon beberapa deklarasi berhubung isu itu dengan menamakan Ketua Pengarah LHDN sebagai responden.
Pada 2 April 2018, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada Majlis Peguam dan memutuskan bahawa Seksyen 142 (5) tidak mengatasi Seksyen 126 Akta Keterangan.
Justeru, keistimewaan yang diperuntuk di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan menghalang Ketua Pengarah LHDN daripada mendesak untuk mendapatkan dokumen atau maklumat berkaitan akaun peguam bela dan peguam cara pelanggan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan itu pada 27 Okt tahun lepas yang mendorong Ketua Pengarah LHDN membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.
Ketua Peguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain hadir bagi pihak Ketua Pengarah LHDN, peguam Anand Raj mewakili Majlis Peguam manakala Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak bertindak sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman. - Gambar hiasan/BERNAMA

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.