KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memintanya membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Tan Sri Shahrir Ab Samad adalah pendapatan atau tidak.
Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata pegawai penyiasat itu juga tidak mengemukakan sebarang dokumen berkaitan penerimaan wang RM1 juta, sebaliknya hanya memberitahu bahawa Shahrir menerima wang berkenaan.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.
Syed Faisal Al-Edros: Kalau nak tentukan sama ada RM1 juta yang Tan Sri Shahrir terima merupakan pendapatan atau tidak, tempat yang terbaik adalah penaksir cukai seperti Tuan Zul sendiri?
Tuan Zulkfli: Betul.
Saksi pendakwaan ke-21 itu bersetuju dengan peguam bahawa adalah menjadi bidang kuasa LHDN untuk menentukan RM1 juta yang diterima Shahrir merupakan pendapatan atau tidak.
Ditanya adakah pegawai penyiasat memberitahu saksi bahawa Shahrir ada menceritakan beliau tidak mahu bertanding (Parlimen Johor Bahru) semasa berjumpa pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika itu (Najib) selepas beberapa bulan Shahrir memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru kerana duit simpanannya telah digunakan untuk membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai, Tuan Zulkfli menjawab "Tidak ada".
Syed Faisal Al-Edros: Apabila pengerusi BN mendengar tentang perkara itu, pengerusi BN keluarkan cek berjumlah RM1 juta kepada beliau (Shahrir) itulah yang membawa kepada pertuduhan ini, jadi pengeluaran cek itu ada diberitahu pengawai penyiasat kepada Tuan Zulkfli?
Tuan Zulkfli: Bukan pengeluaran cek tapi penerima (Shahrir) menerima cek RM1 juta.
Berikutan jawapan saksi itu, peguam itu bertanya lagi, adakah beliau mengetahui dan dimaklumkan oleh pegawai penyiasat mengenai sejarah yang membawa kepada penerimaan RM1 juta itu, Tuan Zulkfli berkata "Tidak".
MAHKAMAH-SHAHRIR 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Saksi itu tidak pasti apabila peguam itu mencadangkan kepadanya bahawa wang RM1 juta yang diterima Shahrir bukan pendapatan yang dikenakan cukai kerana ia adalah wang diamanahkan untuk perbelanjaan projek Puri Langkasuka, bukan untuk kegunaannya sendiri.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 4 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Seorang pegawai LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pegawai penyiasat SPRM tidak memintanya membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Tan Sri Shahrir Ab Samad adalah pendapatan atau tidak. - Foto BERNAMA
Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk memastikan Malaysia terus diiktiraf sebagai destinasi pelaburan serta rakan dagang yang boleh dipercayai kepada pelabur asing dari serata dunia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pencuri kopi meningkat di AS akibat harga biji kopi melambung
Isu ini menjadi topik perbincangan utama dalam persidangan tahunan Persatuan Kopi Kebangsaan AS.

Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka susulan hujan lebat
Tindakan ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan hujan lebat yang melanda Sepanyol baru-baru ini.
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

Doktor 'berputih mata', wang RM27,300 lesap diperdaya 'Tuan Shariff'
Seorang doktor 'berputih mata' kerugian RM27,300 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN

Saya tidak diminta taksir RM1 juta yang diterima Shahrir - Pegawai LHDN
Menurut pegawai berkenaan, beliau tidak diminta membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Shahrir adalah pendapatan atau tidak.

Jurutera 'berputih mata', wang simpanan RM61,450 lesap ditipu wanita menyamar pegawai LHDN
Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.

Peniaga rugi RM45,400 angkara 'Sarjan Siva', pegawai LHDN palsu
Lelaki berusia 32 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa sebagai pegawai LHDN.

Pensyarah rugi RM300,000 jadi mangsa penyamar pegawai LHDN
Mangsa diarah memindahkan wang oleh 'pegawai LHDN' terbabit kononnya atas faktor keselamatan berikutan namanya digunakan pihak lain dalam urusan pendaftaran sebuah syarikat.

Macau Scam: Suri rumah tertipu, wang lebih RM1 juta lesap
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM1.03 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wanita ditipu sindiket Macau Scam menyamar jadi pegawai LHDN
Mangsa berusia 43 tahun menerima satu panggilan telefon daripada seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN Alor Setar.

LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Shariff Hjahmad yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.