SHAH ALAM:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata langkah itu dilihat lebih berkesan berbanding mengenakan denda kepada klinik dan hospital swasta yang lewat melaporkan keputusan COVID-19.
Sebelum ini, media melaporkan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 disebabkan pelaporan lewat kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
"Kita memerlukan kerjasama daripada klinik dan hospital swasta untuk mengatasi penularan pandemik COVID-19. Kini jumlah kes yang lewat dilaporkan telah berkurangan dan ini merupakan langkah positif kerana kerjasama daripada semua adalah penting berbanding penguatkuasaan.
"Bagaimanapun, sekiranya perkara berkenaan (lewat lapor) masih lagi berlaku, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama pengoperasian Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud.
Mengulas mengenai operasi CAC Stadium Malawati, Dr Sha'ari berkata seramai 80 kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bertugas setiap sehari bagi melakukan penilaian terhadap pesakit COVID-19.
"CAC Stadium Malawati ini boleh mengendalikan 1,500 pesakit sehari. Mengikut janji temu yang dibuat hari ini, kira-kira 1,000 pesakit akan hadir ke sini dan kita jangka seramai 300 lagi pesakit akan datang ke sini secara walk-in," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan peningkatan kes COVID-19 di Selangor antaranya berpunca daripada klinik dan hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif pada hari yang sama melalui Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
Sementara itu, Dr Siti Mariah pula berkata pihaknya dan Kementerian Kesihatan telah berbincang untuk melaksanakan beberapa langkah bagi memudahkan klinik dan hospital swasta melaporkan kes positif COVID-19.
"Kami sedang berusaha untuk mewajibkan klinik dan hospital swasta yang menjalankan ujian saringan COVID-19 menggunakan aplikasi SELangkah kerana aplikasi berkenaan boleh memuat naik keputusan ujian COVID-19 secara terus ke SIMKA. Namun, usaha ini melibatkan banyak pihak dan kita sedang berbincang mengenainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Dr Sha'ari Ngadiman (dua, kanan) memberi kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan ketika meninjau hari pertama pembukaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.
Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup
Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Ma
34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.
Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM
Setakat ini pihaknya hanya menerima laporan berkenaan yang membabitkan kakitangan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas
Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.
Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan
JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
Kesemua mereka menurutnya ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan siatan bagi mencari punca sebenar jangkitan sedang giat dijalankan.