SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan bahawa kematian seorang murid perempuan di Klang adalah berpunca daripada strok haba seperti yang ditularkan di media sosial.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam kenyataan berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
"Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum beliau dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Namun, beliau telah meninggal dunia pada 9 Mei dan tidak mengalami strok haba seperti yang ditularkan," katanya menerusi hantaran di Facebook JKNS.
Terdahulu, Dr Sha'ari berkata pihaknya telah menerima makluman berhubung mesej tular mengenai kematian seorang murid perempuan dipercayai strok haba yang melibatkan seorang murid sekolah di Selangor pada 10 Mei lalu.
"Kejadian itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik kesihatan di Klang.
"Beliau mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan malam pada 8 Mei. Keesokannya, mangsa telah dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati beliau hadir dalam keadaan kritikal dan didiagnos kes gastroenteritis akut dengan komplikasi," katanya.
Dalam pada itu, Dr Sha'ari turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit-birit dan muntah yang dialami kerana jika tidak terkawal, ia berpotensi untuk menyebabkan situasi kekeringan khususnya dalam musim cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi. -Gambar fail/Bernama
Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.
PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.
Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT
Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa punca kematian pegawai kadet TLDM J.Soosaimanicckam enam tahun lepas adalah disebabkan strok haba.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.
12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco
Sebanyak 12 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas setakat semalam, meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lepas.
Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.
Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.
Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.
Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.