SHAH ALAM:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam maklum balas kepada artikel bertajuk "LETTER: A Tired Doctor From Sungai Buloh Asks To Be Treated Humanely" yang disiarkan oleh sebuah portal berita pada Sabtu berkata kesemua langkah yang diambil jabatan itu adalah bertujuan memastikan rawatan yang cekap dan berkualiti dapat diberikan kepada pesakit.
Kata Dr Sha'ari, pihaknya telah melakukan pengagihan tambahan pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan melalui penempatan semula petugas di dalam Selangor dan negeri-negeri lain, selain tambahan kakitangan melalui pengambilan pegawai kontrak baharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Sungai Buloh.
"Di Hospital Sungai Buloh dan hospital yang lain di Selangor, kakitangan yang bertugas dalam mengendalikan kes COVID-19 diberikan elaun oleh kerajaan, elaun lebih masa bagi yang perlu melakukan kerja lebih masa dan elaun-elaun lain yang dirasakan perlu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Mengenai pemberian makanan, Dr Sha'ari berkata ia adalah berdasarkan kelayakan di dalam surat pekeliling KKM yang mana semua anggota perubatan yang bertugas secara atas panggilan akan dibekalkan makanan mengikut surat pekeliling itu.
"Bagaimanapun bekalan makanan masih boleh didapati daripada kafeteria atau membuat pesanan makanan secara dalam talian," katanya.
Dr Sha'ari turut memberitahu bahawa pegawai perubatan dan lain-lain kategori kakitangan yang ditempatkan di wad COVID-19 bertugas mengikut syif bagi mengurangkan beban kerja dan cuti rehat diberikan secara adil.
"Setiap wad COVID-19 juga mempunyai ruang rehat yang selamat untuk petugas kesihatan berehat, makan dan solat, semua kakitangan juga dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi agar tidak berlaku infeksi silang dan peruntukan kewangan serta bekalan adalah mencukupi," katanya.
Selain itu katanya, pihak hospital turut memberikan khidmat bimbingan psikologi untuk sokongan moral dan khidmat nasihat kepada petugas kesihatan yang memerlukan.
"Semua maklum balas daripada anggota kesihatan akan diajukan kepada pihak pengurusan hospital dan seterusnya kepada pihak negeri dan KKM untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Semalam sebuah portal berita menyiarkan surat daripada seorang doktor di Hospital Sungai Buloh membangkitkan isu berkaitan beban yang perlu ditanggung oleh petugas kesihatan di hospital itu serta mendakwa mengalami kekurangan kemudahan asas seperti tiada bilik rehat dan makanan bagi petugas syif atas panggilan.
Bernama
Sun Jan 17 2021
Kata Dr Sha'ari, pihaknya telah melakukan pengagihan tambahan pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan melalui penempatan semula petugas di dalam Selangor - Foto fail
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup
Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Ma
34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.
Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM
Setakat ini pihaknya hanya menerima laporan berkenaan yang membabitkan kakitangan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas
Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.
Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan
JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
Kesemua mereka menurutnya ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan siatan bagi mencari punca sebenar jangkitan sedang giat dijalankan.