Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 7 Nov depan untuk sebutan semula kes dua lelaki yang didakwa melakukan perbuatan pengganas dengan meletupkan bom tangan sehingga menyebabkan lapan orang cedera di sebuah pusat hiburan di Puchong dekat sini Jun lepas.
Majistret Zaki Asraf Zubir menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon tarikh baharu berikutan tertuduh pertama, Imam Wahyudin Karjono, 20, yang ditahan di Penjara Kajang, sekali lagi tidak hadir ke mahkamah atas sebab-sebab tertentu.
Pada 25 Julai lepas, Imam Wahyudin, seorang penganggur, dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, seorang operator kilang, didakwa bersama-sama secara langsung melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga
menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa.
Perbuatan itu, yang didakwa dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan mengugut orang awam di Malaysia, berlaku di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 2 pagi, 28 Jun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 130C(1)(b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Imam Wahyudin turut didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat sama melalui aplikasi Telegram miliknya di C-4-19, Blok Cempaka, Jalan Indah 1, Puchong Indah, di sini di antara 25 Mac dan 28 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana kes itu terletak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Jonius yang berasal dari Kota Marudu, Sabah kemudian dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Pada 21 Sept lepas, Imam Wahyudin tidak hadir di Mahkamah Sesyen atas sebab tertentu bagi mendengar laporan sosialnya dan menjatuh hukuman bagi kedua-dua tertuduh atas pertuduhan membaling, meletupkan dan memiliki bom tangan sehingga menyebabkan lapan cedera. -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2016
Kejadian berlaku di berlaku di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Letupan bom Puchong: Mahkamah tetapkan 7 Nov sebutan semula kes dua lelaki
Dua lelaki itu didakwa bersama-sama secara langsung melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213'.