Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.
Pengeluaran lesen baharu itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos di seluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.
Hishammuddin berkata antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.
Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak dilindungi.
Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.
"Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan," katanya.
Menyentuh mengenai tragedi bot ekspres di Belaga, Sarawak, Hishammuddin berkata beliau mahu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk mengkaji bagi menamatkan monopoli perkhidmatan pengangkutan sungai di kawasan tersebut.
Katanya, lembaga itu perlu melihat untuk memberi lesen operasi kepada lebih banyak syarikat, dan persaingan itu diharap dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada penumpang.
Dalam kemalangan 28 Mei lepas, 213 penumpang terselamat apabila bot yang diberi kebenaran untuk hanya membawa 75 penumpang karam selepas terlanggar kayu balak di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Setakat ini dua penumpang masih hilang sementara seorang maut.
Bernama
Sat Jun 15 2013

Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan
Guru KAFA hendaklah dilatih dengan modul latihan terkini dan metodologi pengajaran berkesan selain penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti
Chong Wei berpandangan jadual kejohanan anjuran BWF begitu padat sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia.

Lebih banyak pengusaha tekstil akan terlibat Jualan Rahmah - Salahuddin
Lebih banyak libat urus akan dilakukan bersama pemain industri tekstil dalam insiatif Payung Rahmah agar mereka dapat menawarkan jualan harga pakaian yang lebih rendah.

"Lulusan IPT tempatan jangan rendah diri" - Noor Amy
Kualiti seseorang graduan itu tidak bergantung kepada sama ada dia menuntut di IPT dalam negara mahupun luar.

Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar
Maklumat berita yang bermutu dapat meningkatkan daya pemikiran, integriti dan kebijaksanaan masyarakat dalam membuat keputusan.

Syarikat telekomunikasi diminta beri kerjasama tingkatkan kualiti internet - Annuar
Kerajaan telah menyediakan prasarana untuk syarikat berkenaan memberikan perkhidmatan terbaik.

Kerajaan peruntuk RM5 juta tambah baik kualiti tepung gandum subsidi
Walaupun ditambah baik, harga jualan tepung gandum bersubsidi kekal dijual pada harga RM1.35 sekilogram untuk tidak membebankan pengguna.

Kualiti minyak masak bungkus plastik setanding dalam botol, bukan kitar semula - POB
Kualiti minyak masak olein dalam bungkusan plastik satu kilogram (kg) yang dijual di pasaran tempatan menepati kualiti ditetapkan dan bukan minyak kitar semula, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawi

Jangan bantutkan usaha Malaysia jadi hab pendidikan tinggi - MQA
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata agenda itu kini berada pada landasan yang betul dan Malaysia mampu menjayakannya.

Entah apa rasa dan khasiatnya... Teh 'dikuasakan' najis panda termahal di dunia
Selepas dipetik, ia boleh dijual pada harga hampir RM17,000 untuk sekilogram, malah mungkin lebih juga.