KUALA LUMPUR: Lebih banyak libat urus akan dilakukan bersama pemain industri tekstil dalam insiatif Payung Rahmah agar mereka dapat menawarkan jualan harga pakaian yang lebih rendah sehingga 20 peratus berbanding harga jualan murah sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata selain baju raya pada musim perayaan, antara yang boleh ditawarkan menerusi program itu termasuk baju sekolah bagi memberikan kelegaan kepada rakyat mendepani masalah kos sara hidup.
"Jualan Rahmah untuk tekstil ini harganya mesti turun lagi daripada promosi jualan yang ditawarkan sepanjang tahun itu. Jadi, saya mengharapkan lebih ramai pemain industri tekstil tampil ke hadapan.
"...kalau dari segi Menu Rahmah kita sudah ada, begitu juga pelajar universiti pun sudah ada Kafe Rahmah, jadi mungkin kalau esok akan ada lagi pakej Rahmah lain misalnya untuk majlis bertunang dan perkahwinan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Jualan Rahmah Baju Raya Jakel, di sini hari ini, yang turut dihadiri timbalannya, Fuziah Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Salahuddin berkata setakat ini selain Jakel, pasar raya Mydin turut menawarkan jualan Rahmah untuk baju raya yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Menurutnya, paling membanggakan walaupun menawarkan harga murah pemain industri tidak sedikit pun berkompromi dengan kualiti barangan yang ditawarkan dalam inisiatif ini.
Sementara itu Mohamed Faroz berkata pihaknya menawarkan jualan Rahmah baju raya melibat semua rangkaian Jakel di seluruh negara dengan potongan harga sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus.
"Misalnya baju raya Melayu edisi Nabil Ahmad dan Aaron Aziz yang kualiti kainnya pada harga premium sekitar RM300, biasanya dijual dengan harga promosi antara RM250 hingga RM200.
"Bagaimanapun dengan adanya Jualan Rahmah Baju Raya Jakel ini, sepasang baju Melayu kita tetapkan harga pada RM149 berserta dengan samping dan juga butang baju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Walaupun menawarkan harga murah pemain industri tidak sedikit pun berkompromi dengan kualiti barangan yang ditawarkan dalam inisiatif ini. - fotoBERNAMA
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.