KUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram menyifatkan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai "sekumpulan harimau tidak bertaring" kerana gagal melindungi dan menasihati Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan urusan syarikat.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan empat kes rasuah membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama, yang dihadapi Najib, mencadangkan demikian ketika menyoal bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 57.
Sri Ram: BOD 1MDB sebenarnya adalah sekumpulan harimau yang tidak bertaring dan kamu gagal melindungi dan menasihati Perdana Menteri. Apakah pendirian kamu dalam hal itu?
Ismee: Berdasarkan semua maklumat dan pendedahan baharu, bagaimana saya akan bertindak secara berbeza? Saya akan menolak jawatan itu. Maaf untuk mengatakannya.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata beliau merasakan seperti lembaga itu diguna untuk menjadikan semua inisiatif dan transaksi dalam 1MDB kelihatan sah sehinggakan maklumat mengelirukan diberikan atau lebih teruk lagi, tiada maklumat diberikan langsung dan dirahsiakan daripada lembaga itu.
Sebagai ahli lembaga pengarah, adalah sentiasa menjadi kepentingan beliau dan bekas rakan sekerjanya yang lain untuk memastikan kepentingan syarikat dilindungi, kata Ismee.
"Setiap seorang daripada kami (BOD) mempunyai perspektif berbeza tentang apa yang berlaku dalam 1MDB, termasuk persepsi kami sendiri mengenai peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1MDB.
"Kami juga bercakap tentang Jho Low secara tertutup dan dari perspektif saya, beliau menguruskan hubungan antara dua pihak. Saya melihat dengan jelas bahawa beliau menguruskan hubungan antara kami (1MDB) dan Abu Dhabi. Saya dapat melihat bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan (negara) Arab," katanya.
Sebagai ahli lembaga pengarah, Ismee berkata beliau tidak mempersoalkan urus niaga yang dibuat oleh 1MDB, tetapi lembaga pengarah pastinya akan mempersoalkan pihak pengurusan mengenai ekonomi dan daya maju urus niaga yang sedang dilaksanakan.
Bagaimanapun, Ismee berkata mereka hanya mengetahui mengenai hal ehwal 1MDB atas dasar yang perlu diketahui.
"Pada 2015, semasa kami menjadi pengarah, kami hanya tahu sebanyak ini. Kami mengetahui lebih banyak maklumat semasa siasatan dan kami dapati lebih banyak lagi sepanjang kes itu. Selepas semua ini, saya tidak fikir kami sebagai ahli lembaga pengarah boleh bertindak secara berbeza untuk melindungi kepentingan 1MDB," katanya.
Saksi itu berkata beliau tidak menerima sebarang wang yang dikeluarkan daripada 1MDB dan juga daripada Low Taek Jho atau Jho Low.
Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka surat, Ismee berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 2015, kerana merasa bimbang dan tidak lagi mahu terlibat dalam keputusan yang akan dibuat oleh syarikat itu pada masa depan.
Katanya, surat itu diserahkan kepada bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin pada Jun 2015 dan surat itu tidak diterima, malah Amhari memintanya supaya menangguhkan keputusannya pada ketika itu kerana antara pilihan yang sedang dipertimbangkan adalah untuk menukar keseluruhan lembaga pengarah.
"Namun, pada 2016, kami semua Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan 1MDB telah meletak jawatan memandangkan lembaga pengarah dan pengurusan baharu dilantik," katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Ismee berkata, beliau tidak menerima sebarang wang yang dikeluarkan daripada 1MDB dan juga daripada Low Taek Jho atau Jho Low. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.