ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Banggol Jalan Panchor Pokok Sena dekat sini, ketika sedang memancing pada Isnin.
Mangsa, Aliff Aswad Amir Zaidin Noor, 26, ditemui pada jam 10.44 pagi selepas operasi mengesan dilakukan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa yang merupakan seorang anggota tentera dan bertugas di Kuching, Sarawak dikatakan keluar memancing ikan di parit pada jam 8 pagi.
"Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam menyatakan seorang individu telah terjatuh ke dalam parit semasa memancing di Kampung Banggol, dekat sini.
"Siasatan awal dengan bantuan anggota BBP Pokok Sena telah menemui mayat mangsa di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah.
"Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi mengesan mangsa melibatkan tujuh anggota BBP Pokok Sena dengan bantuan dua jentera termasuklah jentera Fire Rescue Vehicle (FRV).
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 pagi dari Balai Polis Pokok Sena memaklumkan terdapat seorang mangsa terjatuh ke dalam sungai.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan satu jentera ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam sungai," katanya.
Katanya, anggota bomba menggunakan kaedah pencarian dasar di lokasi dan berjaya menemui mangsa kira-kira jam 10.44 pagi.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Operasi menyelamat tamat pada jam 11.08 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 09 2022
Lelaki yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Banggol, Jalan Panchor Pokok Sena, dekat sini ketika memancing pada Isnin. -Foto ihsan JBPM Kedah
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Lemas ketika memancing
Mangsa, Aliff Aswad Amir Zaidin Noor ditemui pada jam 10.44 pagi selepas operasi mengesan dilakukan pasukan penyelamat dari BBP Pokok Sena.