Hasil kreativiti dan inovasi pasangan suami isteri mentransformasi makanan tradisi yang ditambah nilai, kini membuahkan hasil, selepas ia menjadi salah satu makanan wajib cuba sekiranya berkunjung ke daerah di Negeri Sembilan ini.
Malah, produk makanan yang dikenali sebagai lemang sushi itu kini mampu menarik pelancong dalam dan luar negara, sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 52 tahun, berkata lemang sushi merupakan cetusan idea suaminya Azizi Abd Muin, 55 tahun, empat tahun lalu selepas menjual serunding sejak 2005 lagi.
"Proses pembuatannya agak sedikit berbeza berbanding kaedah tradisional kerana tidak menggunakan buluh namun masih mengekalkan santan dan beras pulut sebagai bahan asli.
"Kami masih menggunakan daun pisang untuk membalut lemang dan kemudian ia dibakar menggunakan mesin ketuhar yang diubahsuai supaya dapat memasukkan inti di tengah lemang berkenaan," katanya ketika ditemui di Pusat Pertanian Ampang Tinggi Tanjong Ipoh, di sini.
Hasil inovasi produk makanan tradisional itu, pasangan berkenaan kini memperoleh keuntungan berlipat-ganda terutamanya ketika tiba musim perayaaan.
Malah, kata Zuriati produk lemang sushi satu-satunya di Malaysia itu kini telah mendapat permintaan seluruh negara dan pihaknya dalam proses untuk memperkenalkan makanan tradisi berkenaan ke luar negara.
"Terdapat beberapa jenis lemang sushi yang berintikan Durian Musang King, D24, ikan bilis, serunding, rendang ayam serta daging dan kesemuanya disejuk bekukan agar tahan lama.
"Proses penghasilan lemang sushi itu memakan masa selama lima jam dan dalam masa seminggu, sebanyak 800 hingga 1,000 batang lemang sushi dapat dihasilkan," jelas beliau.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat seringkali keliru mengenai nama 'lemang sushi' itu kerana ramai yang menyangka ia gabungan antara lemang dan sushi.
Namun sebenarnya, bentuk juadah itu sahaja yang apabila dipotong kelihatan seperti sushi, sedangkan resepinya tidak menggunakan sebarang bahan membuat sushi.
Usahawan berasal dari Kuala Pilah itu juga berkata, kini lemang sushi telah dikenali ramai membuatkan kilang menghasilkan produk itu menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi pelancong yang datang ke Kuala Pilah untuk membeli makanan tradisi itu.
Zuriati juga berharap agar perniagaannya dapat dikembangkan ke peringkat lebih tinggi dan menyeru usahawan kecil dan sederhana seluruh negara untuk menggunakan kreativiti agar produk atau perkhidmatan yang dihasilkan kekal relevan pada masa akan datang.
Azyyati Ahmad, Afiezy Azaman
Thu Feb 20 2020

Zuriati dan Azizi mengusahakan perniagaan lemang sushi sejak empat tahun lalu. - Astro AWANI

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Pekan Padang Besar kembali meriah sepanjang Ramadan
Kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Ketupat pulut hitam Kampung Awek kurang tempahan Aidilfitri kali ini
Keadaan sedikit berbeza apabila tempahan berkurangan disebabkan sambutan hari raya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 52, berkata lemang sushi merupakan cetusan idea suaminya Azizi Abd Muin, 55, empat tahun lalu selepas menjual serunding sejak tahun 2005 lagi.

Padi pulut: Pesawah harap kemudahan infrastruktur kawasan sawah dinaik taraf
Dana RM30 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk penghasilan beras pulut di Langkawi diharap dapat digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan sawah terlibat.

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Perak memperkenalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 iaitu RM7, RM14 dan RM21.