Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kejadian berlaku sekitar jam 8.54 malam.
Beliau berkata, mangsa menaiki van jenis Toyota itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi kejadian dan sampai jam 9.07 malam.
"Didapati terdapat dua lelaki warga Thailand yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang cedera ringan manakala seorang lagi tersepit.
"Komander operasi mengarahkan anggota membawa keluar mangsa tersepit dan menyerahkannya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, petugas KKM mengesahkan mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.

