KLUANG: Seorang lelaki warga tempatan ditahan di sebuah premis di Pekan Baru Layang-Layang, dekat sini, petang semalam, kerana memiliki sejumlah rokok putih dipercayai rokok seludup.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama 255 karton rokok tanpa cukai kastam pelbagai jenama bernilai RM60,669, dipercayai untuk dipasarkan sekitar daerah itu.
Beliau berkata serbuan di premis menjual barangan runcit itu melibatkan jenama rokok jenis U2, Tiara Merah, RE King Merah dan RE Bold Hitam.
"Turut dirampas rokok jenama Touro Hitam, LA Hitam, Canyon Blast Biru, Canyon Menthol Hijau, Clas Mind Putih, Galaxy Merah, Sampoerna Mild Putih, Gudang Baru, Gudang Garam Menthol Mild Putih, Impact Diplomat Hitam; John Merah dan Luffman Classics Putih," katanya dalam kenyataan, hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Permohonan reman akan dilakukan hari ini," kata Bahrin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Serbuan di premis menjual barangan runcit itu antara lain melibatkan jenama rokok jenis U2, Tiara Merah, RE King Merah, RE Bold Hitam, Touro Hitam, LA Hitam, Sampoerna Mild Putih, Gudang Baru dan Gudang Garam. - Facebook Polis Daerah Kluang
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM4.2 juta
Jabatan Kastam Kelantan merampas lebih 6.2 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.2 juta dalam dua lokasi berasingan minggu lepas.
Polis rampas rokok bernilai lebih RM300,000 di sempadan Malaysia-Thailand
Rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.