PADANG TERAP: Seorang lelaki warga Myanmar cedera di bahu selepas dipercayai terkena tembakan di kawasan kebun getah di Naka, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superitendan Mulkiaman Manzar, mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan pada jam 5.45 pagi.
“Laporan dibuat orang awam memaklumkan seorang lelaki warga Myanmar mengalami kecederaan di bahagian bahu, disyaki terkena tembakan, semasa berada di kebun getah di kawasan Naka.
“Sepasukan anggota dan pegawai polis dihantar ke tempat kejadian dan menemui mangsa. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurut Mulkiaman, mangsa yang berusia 40-an bekerja sebagai penoreh getah.
Katanya, polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 21 2024
Polis menemui mangsa yang cedera di bahu, dipercayai akibat terkena tembakan, di satu kawasan kebun getah di Naka, Padang Terap, semalam. -Foto PDRM
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Seorang maut, 16 cedera dalam insiden tembakan di kampus Alabama
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan.
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.
3 terbunuh dalam kejadian tembakan di Mississippi AS
Tiga orang terbunuh dan lapan yang lain cedera pada Sabtu dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County.
Jerman kecam tembakan terhadap pos UNIFIL di Lubnan
Jerman sedang menunggu penjelasan penuh dengan segera dan telah berhubung dengan pihak Israel mengenai isu itu.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.