PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung, Bandar Utama di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 35 tahun yang menunggang secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8.45 malam.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 melalui tempat kejadian sedang menunggang secara lawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta.
"Penunggang merupakan seorang lelaki tempatan disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan dan kematian.
"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820 untuk membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 18 2022

Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta. -Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua lelaki pandu lawan arus ditahan, temukan dadah dan senjata dalam kereta
Dalam kejadian semalam, anggota MPV IPD Petaling Jaya mengejar Proton Satria yang melanggar kereta MPV polis dan motosikal orang awam.

Murid langgar polis dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung 5 tahun
Kesalahan dilakukan pada 28 Julai lalu di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ketika pelajar tersebut menunggang motosikal secara melawan arus.

Polis berjaya kesan pemandu lawan arus
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Kereta dipandu lawan arus hampir bertembung lori
Pemandu Honda Civic tersebut telah hadir ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan.

Polis rekod keterangan lelaki pandu kereta lawan arus di George Town
Polis mengesahkan telah memanggil seorang lelaki selepas rakaman videonya yang memandu melawan arus tular di media sosial.

Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Penunggang motosikal lawan arus maut terbabas di Ipoh
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.

Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri
Wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.

Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.