KAJANG:Seorang lelaki yang menumbuk anggota bomba selepas terlibat kemalangan jalan raya di Cheras Perdana pada Khamis direman empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober.
Dalam kejadian pada Khamis, suspek yang merupakan seorang pengurus acara menumbuk seorang anggota bomba selepas dia dihalang menghampiri keretanya yang terbakar.
Malah, suspek bertindak agresif dan mengamuk di lokasi sehingga menyebabkan anggota bomba bergelut dan terpaksa menahannya.
Sebelum itu, kenderaan dipandu suspek melanggar dua buah kenderaan lain dan mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan terbakar.
Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan siasatan kes kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kes terbabit tular di media sosial dengan beberapa rakaman video memaparkan suspek menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.
Astro Awani
Fri Oct 16 2020

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober. - Gambar Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekas CEO Google muncul dengan Hooglee, fokus komunikasi menggunakan AI
Syarikat baharu ini dilihat akan memfokuskan kepada komunikasi yang dipermudahkan melalui penggunaan video dan kecerdasan buatan.

IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza
Video tersebut menunjukkan anggota rejim berjalan di kawasan di mana konflik memuncak, termasuk di wilayah Jabalia, utara Gaza.

YouTube Shorts perkenal enam ciri baharu seperti sari kata automatik seakan TikTok
Dengan ini golongan kurang pendengaran atau yang menonton video tanpa audio masih boleh mengikuti kandungan.

Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.

Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Nepal larang guna aplikasi TikTok
Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi
Peserta turut diberi pendedahan meliputi pengetahuan asas mengenai teknologi dron dan kemahiran penerbangan.

#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia
Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.

Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Baru-baru ini, tular video menunjukkan Dalai Lama mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.