ERIC Schmidt, bekas CEO Google kini hadir dengan sebuah syarikat baharu dinamakan sebagai Hooglee.

Syarikat baharu ini dilihat akan memfokuskan kepada komunikasi yang dipermudahkan melalui penggunaan video dan kecerdasan buatan.

Melalui laman rasmi Hooglee, dinyatakan bahawa ia menyasarkan untuk mengubah bagaimana manusia berkomunikasi melalui penggunaan sokongan kecerdasan buatan dan juga video.

Buat masa ini, tiada sebarang produk yang ditawarkan oleh Hooglee kepada orang awam.

Mengikut beberapa spekulasi dan sumber yang berkongsikan kepada pihak Forbes, Hoogle dikatakan akan menawarkan kemudahan menjana video dikuasakan dengan kecerdasan buatan, serta mengimplementasi sokongan rangkaian sosial.

Ini juga mungkin memposisikan penawaran pertama di bawah Hooglee sebagai pesaing untuk TikTok.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah sasaran bekas CEO Google ini, dan apakah kejutan baharu yang akan dibawakan oleh Eric Schmidt melalui Hooglee ini.