KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tiga kali dipenjarakan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial, hari ini sekali lagi didakwa atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.
Sharil Mohd Sarif, 40, penjual daging, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia pernah mendapat rawatan psikiatri di Hospital Sungai Petani, Kedah.
"Saya ada makan ubat dan saya ada masalah mental," katanya.
Hakim N.Priscilla Hemamalini memerintahkan Sharil dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memaklumkan tertuduh hanya memberitahu secara lisan mengenai kesihatan mentalnya, namun tiada sebarang dokumen sokongan disertakan.
"Oleh itu, tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan di bawah Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah," kata hakim itu dan menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes bagi laporan psikiatri.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Shahril didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya melalui aplikasi Twitter, menggunakan laman profil "SharilSarif39" dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, antara 5.28 pagi dan 5.30 pagi pada 12 Mac lepas.
Kedua-dua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 13 Mac lepas, 8.22 malam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pada 26 April 2019, Sharil dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui aplikasi Facebook.
Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah sama pada 6 Julai 2020 kerana kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di laman sosial Instagram.
Pada 24 Sept 2021, Sharil dipenjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi aplikasi Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Sharil Mohd Sarif mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. -Gambar hiasan/Pexels
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024.