ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah 100 ketulan dadah dipercayai ganja bernilai RM250,200 dalam serbuan di sebuah inap desa di Taman Aman, di sini Selasa lalu.
Suspek lelaki berusia 46 tahun yang berasal dari Kuala Nerang itu dipercayai pengedar dadah dan menjadikan rumah itu sebagai tempat untuk menyimpan dadah berkenaan sebelum diedar kepada pelanggannya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 4.30 petang.
"Hasil pemeriksaan dilakukan dalam bilik kedua rumah itu menemui 100 ketulan mampat aluminium foil berwarna keemasan dibaluti plastik lutsinar berisi tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 100.2 kg dalam almari kayu.
"Kesemua dadah jenis ganja dan syabu itu dirampas dan dianggarkan bernilai RM250,200," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini pada Khamis.
Fisol berkata, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenama Benelli bernilai RM8,000 dan wang tunai bernilai RM100.
Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menyewa inap desa itu selama empat hari dan disyaki menjadikan rumah itu sebagai transit untuk menyimpan dadah.
"Kesemua dadah jenis ganja itu boleh membekalkan kepada 20,000 pengguna dadah di sekitar kawasan utara termasuk di sempadan Sungai Petani ke atas.
“Turut dirampas dua peket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 8.20 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu syabu seberat 1.13 gram.
"Syabu dan ganja itu dipercayai untuk kegunaan suspek dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek didapati positif methapetamine dan ganja," katanya.
Fisol berkata, pihaknya percaya dadah terbabit dibawa masuk dari negara jiran.
"Saya menasihatkan semua pemilik rumah inap desa supaya mengambil maklumat lanjut penyewa atau melaporkan kepada polis sekiranya mendapati ada aktiviti mencurigakan di situ.
"Modus operandi yang sama seperti sebelum ini iaitu dengan menyewa inap desa sebagai transit untuk menyimpan dadah sebelum diedar kepada pelanggan berdasarkan permintaan," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 27 2024
![Lelaki sembunyikan 100 ketulan ganja di inap desa ditahan Lelaki sembunyikan 100 ketulan ganja di inap desa ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719480997_rampasanganja.jpg)
Fisol (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar pada Khamis. - Foto Astro AWANI
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625571926_polis.jpg)
Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang
Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah dan sebilah parang selepas video mereka mengacukan senjata itu tular di media sosial baru-baru ini.
![Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622182686_rogolbfot.jpg)
Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU
Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).
![Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524908542_MiniDJI.jpg)
Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang
Mereka menerbangkan dron di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.