SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki positif dadah jenis ganja yang disyaki menyebabkan nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan di lokasi kejadian sejurus kemalangan.
"Ketika ditahan dia berada dalam keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas keretanya menemukan sepaket plastik lut sinar berisi tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja seberat 3.39 gram.
"Lelaki itu yang merupakan penganggur kemudian direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam insiden pada pukul 10.40 pagi semalam, Perodua Myvi yang dipandu lelaki tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah Toyota Avanza yang berada di hadapan keretanya.
Nanda berkata akibat rempuhan itu, Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 44 tahun itu berpusing beberapa kali dan melanggar dua kereta lain, selain tayar belakang kiri kereta itu tercabut lalu terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan mengenai sebuah lagi Perodua Myvi.
Bagaimanapun, beliau berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/69.
Terdahulu, rakaman kemalangan itu turut tular di laman sosial Facebook sejak semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Nanda berkata lelaki berusia 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan di lokasi kejadian sejurus kemalangan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sesak 5km: Ribuan telur ayam pecah, bertaburan atas jalan
Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan dekat Rembau.

2 cedera kemalangan van, treler di Bidor, trafik lebuh raya sesak 13 km
Dua lelaki cedera apabila van yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer (km) 352.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini petang tadi.

Kereta pelakon Ikmal Amry hilang kawalan, terbalik 8 kali di PLUS
Pelakon Ikmal Amry meluahkan rasa syukur terselamat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Lelaki positif ganja disyaki punca kemalangan babit lima kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki positif dadah jenis ganja yang disyaki menyebabkan nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini semalam.