Seorang lelaki yang mengaku mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasan akibat dibelenggu hutang dengan along bertindak di luar kawalan apabila membuat kacau di sebuah masjid di Lekir, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek yang berumur 33 tahun masuk ke dalam Masjid Ar-Raudah, Batu 7 kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bertindak membaling semua al-Quran dan kitab yang ada di rak.
"Selain itu suspek juga memijak al-Quran di lantai dan menyepahkan kain telekung serta sejadah.
"Selain masalah hutang dengan along suspek juga mengakui mempunyai masalah perbelanjaan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Tengku Mohd Zailan berkata perbuatan suspek yang bekerja sebagai kontraktor pembinaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid selama 15 minit.
Katanya polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 2.45 petang hari yang sama dan kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Pengerusi masjid Abdul Rani Hashim,64, berkata kehadiran suspek ke masjid itu disedari beberapa pekerja pembinaan di perkarangan rumah ibadah tersebut, namun tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik.
"Seorang kariah masjid yang baru lepas mengambil wuduk kemudian terkejut melihat ruang solat utama dan bahagian solat wanita berselerak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Roslin Om pula kesal dengan kejadian itu dan berharap jawatankuasa surau atau masjid dapat meningkatkan rondaan untuk mengelak insiden sama berulang.
Bernama
Thu Jan 14 2016

Suspek yang berumur 33 tahun masuk ke dalam Masjid Ar-Raudah, Batu 7 kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bertindak membaling semua al-Quran dan kitab yang ada di rak. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Selamat ulang tahun Ultras Malaya, Lekir undur diri
Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya selepas 17 tahun bersama.

Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak
Tertuduh yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Leka beli syabu, bilal antara 39 ditahan AADK
Bilal masjid berusia 50-an yang menghidap sakit buat pinggang itu ditahan ketika leka membeli dadah jenis Methamphetamine atau Syabu di sebuah 'port' penagihan di Sungai Tiram, Lekir.

Lelaki pijak al-Quran dan sepahkan telekung kerana alami tekanan perasaan - Polis
Seorang lelaki yang mengaku mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasan akibat dibelenggu hutang dengan along bertindak di luar kawalan apabila membuat kacau di sebuah masjid.

Kekecohan di Stadium Shah Alam: Rambo, Lekir dan enam lagi ditahan polis
Polis telah menahan penyokong tegar bola sepak Alfadli Awaludin,33, atau dikenali dengan gelaran Rambo, dan Mohd Ridzuan Ahmad, 36, atau Lekir.