IPOH: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan bantuan eKasih sejak Januari lalu membabitkan kerugian sebanyak RM16,250 dengan mensasarkan golongan warga emas sebagai mangsa.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya berjaya menahan suspek berusia 49 tahun itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah pada 2 Julai lalu setelah menerima 38 laporan mengenai kes penipuan berkenaan.
"Suspek menggunakan modus operandi mendampingi warga emas berusia lingkungan antara 50 hingga 80 tahun sebagai sasaran untuk diperdayakan.
"Kebanyakan mangsa ditemui suspek di kawasan berhampiran hospital, bank, medan selera, pasar raya, pasar awam dan stesen bas.
"Suspek menyamar kononnya sebagai Pegawai Bantuan eKasih dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai kira-kira RM300 sehingga RM1,000 bagi proses permohonan bantuan eKasih dan pembukaan akaun bank.
"Setelah memperoleh wang tunai dari mangsa, suspek akan berpura-pura keluar daripada bank tersebut bagi membuat salinan fotokopi kad pengenalan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang diminta menunggu di bank hanya menyedari telah ditipu apabila suspek tidak datang kembali selain suspek turut melarikan wang tunai serta kad pengenalan mangsa.
Azizi berkata sebuah telefon bimbit dan pakaian yang digunakan suspek semasa memperdayakan mangsa turut dirampas dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan kes penipuan.
"Suspek akan menghadapi 36 pertuduhan di beberapa mahkamah di Perak bermula 24 Julai ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 417 kanun sama.
"Justeru itu, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran bantuan kewangan dari mana-mana individu tidak dikenali yang meminta bayaran proses terlebih dahulu.
"Semak dahulu dengan agensi berkaitan untuk pengesahan.
"Pembayaran tunai kepada mana-mana individu di luar kaunter pejabat pembayaran mempunyai risiko perdayaan yang amat tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran bantuan kewangan dari mana-mana individu tidak dikenali yang meminta bayaran proses terlebih dahulu.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.