KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kakitangan khidmat pelanggan itu enggan menemaninya ke kedai.
Beliau berkata ketika mangsa sedang berbaring, tiba-tiba suspek datang dan terus memijak paha kanan, bahu kanan dan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.
"Hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga," katanya dalam kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, Khamis lepas. - Gambar hiasan
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Lelaki OKU pukul adik ditahan
Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, Khamis lepas.