PARIT:Seorang lelaki nekad terjun daripada kereta bagi meloloskan diri selepas dia dilarikan selama kira-kira 10 jam oleh empat lelaki dalam satu kejadian di Teluk Perang di sini pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Nik Rosdi Nik Yahya berkata kejadian bermula kira-kira pukul 8.30 malam semalam, apabila lelaki berumur 25 tahun yang sedang memandu kereta Honda itu ditahan oleh empat lelaki.
Beliau berkata dua daripada lelaki itu kemudiannya mengaku sebagai polis, sebelum mereka menyerkup kepala mangsa lalu membawanya menaiki kereta.
"Mangsa dibawa untuk satu tempoh masa yang panjang, dan badannya turut dipukul serta dia dipaksa menyerahkan barangan peribadi antaranya dua telefon bimbit, dompet berisi dokumen pengenalan diri dan kad ATM serta wang tunai RM200," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurutnya pada satu ketika, lelaki itu nekad terjun daripada keretanya itu untuk menyelamatkan diri, dan dia mendapat pertolongan orang awam yang membawanya ke Balai Polis Taiping.
Nik Rosdi berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah menerima maklumat daripada Balai Polis Taiping mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi semalam dan mendapati lelaki itu adalah individu yang sedang dikesan polis susulan satu laporan polis oleh seorang wanita awal pagi ini.
"Kira-kira pukul 1.40 pagi tadi, Balai Polis Parit menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 25 tahun menyatakan menerima panggilan telefon daripada suaminya sekitar pukul 9.30 malam pada Selasa memberitahu terlibat kemalangan di Simpang Papan, Pusing dan minta wang tunai RM50,000 sebagai ganti rugi kerosakan kenderaan yang dilanggarnya.
"Talian kemudian terputus dan wanita itu sekali lagi terima panggilan menyatakan harga diturunkan ke RM20,000 dan dia meminta bayaran segera dimasukkan ke akaun Maybank suaminya sebelum talian sekali lagi terputus dan telefon bimbit suaminya terus gagal dihubungi," katanya.
Nik Rosdi seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan selain memaklumkan polis jika menemukan Honda HRV dengan nombor pendaftaran AKC 939 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

DSP Nik Rosdi Nik Yahya, Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lelaki nekad terjun dari kereta selamatkan diri dalam kejadian samun
Kejadian bermula apabila lelaki berumur 25 tahun yang sedang memandu kereta Honda itu ditahan oleh empat lelaki.