JOHOR BAHRU:Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat kawannya berusia 15 tahun di hadapan hakim V. M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan memasukkan alat sulit ke dalam dubur seorang remaja.
Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira pukul 5 petang, 8 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkannya.
Bagaimanapun, hakim berkata, beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak COVID-19.
Mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana tertuduh baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.
Hakim menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta dilarang menganggu saksi dan mangsa.
Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.
Astro Awani
Sun Nov 15 2020

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki mengaku salah liwat rakan
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377a Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.