Seorang lelaki maut akibat terjatuh lalu terseret beberapa meter setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Nahas berlaku di Kilometer 326 selepas susur masuk Plaza Tol Kerteh, Kemaman, Terengganu, kira-kira jam 9.40 malam pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Nur Afifi Abdul Rahman, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y-15 bersendirian dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret di atas jalan.
Sepasukan anggota perubatan yang tiba sejurus kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Jenazah Muhammad Nur Afifi dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Fri Jun 14 2019

Nahas berlaku di Kilometer 326 selepas susur masuk Plaza Tol Kerteh, Kemaman, Terengganu, kira-kira jam 9.40 malam pada Jumaat. -Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.

Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak
Siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak.

Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.

Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.

Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis
Seorang buruh tapak binaan berusia 20 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring, Felda Aring 6, Gua Musang, petang semalam.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Operasi SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas
Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak akan terjejas dan berjalan seperti biasa esok susulan beberapa guru terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin.

Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.