PASIR MAS: Seorang lelaki tergamak melepaskan 'gian' di hadapan isteri dan anaknya di sebuah rumah sebelum dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, menyedari kehadiran anggota AADK, isteri dan anak suspek bertindak melarikan diri.
Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu, anggota penguat kuasa AADK turut menahan seorang lagi rakan lelaki berkenaan yang dipercayai terlibat sama dalam aktiviti terbabit.
Ketua Pegawai AADK Pasir Mas, Nor Asmah Seman berkata saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai kes berulang berkaitan dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan dua lagi penagih dadah di lokasi berbeza.
"Kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 19-50 tahun. Kes disiasat bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Layan' dadah depan isteri dan anak
Sinar Harian
Wed Jun 09 2021

Lelaki dan rakannya ditahan AADK dalam operasi bersepadu di Pasir Mas pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Banjir: Tak menang tangan, JKM Kelantan rayu kerajaan tambah kakitangan
Azizan berkata, sewaktu gelombang pertama melanda November lalu, setiap seorang anggotanya perlu mengendalikan 1,000 orang mangsa di PPS.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.

Banjir: Lelaki bina pondok atas pokok sebagai tempat perlindungan sementara
Seorang lelaki mengambil inisiatif membina pondok di atas pokok di hadapan rumahnya bagi menghadapi musim tengkujuh.

Banjir: Wanita warga emas terputus hubungan dengan anak ditemukan selamat
Anak perempuan kepada warga emas itu membuat hantaran di laman sosial TikTok selepas buntu kerana tidak dapat menghubungi ibunya.

Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas
Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang,

Banjir: Kanak-kanak lelaki berusia setahun maut ditemukan lemas di Tumpat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Tumpat.

Banjir: Petugas Molly Cat Castle enggan tinggalkan 140 kucing, rela jamah nasi kosong
Nur Emillia dan pekerjanya terpaksa mencatu makanan kucing bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan peliharaan itu sementara menantikan bantuan tiba.

Banjir: Penternak rusa di Pasir Mas bimbang kandang ternakan tenggelam
Seorang penternak bimbang kandang rusa miliknya di Kampung Apam Kepas Lati, di sini akan ditenggelami banjir jika hujan lebat sejak empat hari lepas masih berterusan.

Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh
Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh