IPOH: Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini dipercayai kerana mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah.
Video insiden itu berdurasi 59 saat turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata perintah reman dikeluarkan ke atas suspek berusia 29 tahun itu yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor.
"Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah di bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat," katanya ketika dihubungi.
Semalam, lelaki tersebut ditahan di sekitar Serdang dan dibawa ke Balai Polis Tapah untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Video insiden berdurasi 59 saat itu turut tular di media sosial. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki kasari pemandu wanita direman tiga hari
Semalam, lelaki tersebut ditahan di sekitar Serdang dan dibawa ke Balai Polis Tapah untuk membantu siasatan.