SHAH ALAM:Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik rakaman video menerusi media sosial mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia keturunan Aceh serta meminum darah mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Suspek ditahan selepas memuat naik klip video berdurasi 59 saat itu yang dikesan oleh polis pada Isnin lalu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Fadzil, sehari sebelum suspek ditangkap, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki membelasah suspek, dipercayai kerana marah atas perbuatan provokasi suspek dalam kilp video yang tersebar berkenaan.
"Polis turut menerima satu laporan daripada orang awam mendakwa melihat satu kejadian merusuh melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia di Taman Selat Damai Pandamaran, Klang,” katanya.
Susulan itu katanya polis menahan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang disyaki terlibat dalam rusuhan tersebut, pada 11 malam Selasa lalu di Klang Selatan.
Menurutnya sebelum tangkapan itu, satu klip video berdurasi 25 saat tular, memaparkan lelaki yang mendakwa membunuh dan meminum darah warga Aceh dipukul oleh sekumpulan individu.
Fadzil berkata, pihaknya sedang memburu beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian merusuh itu.
Kedua-dua lelaki itu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat menurut Seksyen 504 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil serta Seksyen 51(5) Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Menurut Datuk Fadzil Ahmat berkata, warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat. - Gambar BERNAMA

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Perhilitan siasat kematian lelaki Indonesia diserang harimau belang
Siasatan akan dilaksanakan anggota pasukan SAR di lokasi kejadian yang terlibat untuk menentukan punca kematian sebenar.

Sanusi dedah Anwar bawa lelaki Indonesia mohon tanah REE di Kedah
Dakwa Sanusi, lelaki Indonesia itu telah membuat permohonan berkenaan sebelum kerajaan negeri dibubarkan.

Lelaki Indonesia dibunuh, mayat dibuang dalam tangki najis
Mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam tangki najis yang terletak di belakang rumah di Kuala Kangsar pada Ahad.

COVID-19: Kematian keempat dicatatkan di Singapura
Singapura mencatatkan kematian keempat akibat jangkitan COVID-19 melibatkan seorang lelaki Indonesia berusia 68 tahun.

Polis tahan lelaki Indonesia rosakkan patung kuil
Suspek berumur 25 tahun itu ditahan berhampiran kuil berkenaan dan ujian urin menunjukkannya positif dadah.

Lelaki gay tawar aktiviti seks ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang
Dalam satu serbuan pada malam Isnin, seramai lima lelaki warganegara Indonesia ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti songsang itu.