KUALA KANGSAR: Mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam tangki najis yang terletak di belakang rumah di sebuah kawasan dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam Ahad.
Menurutnya, mayat mangsa berusia anggaran 40-an ditemui dalam keadaan berkain sarung dan berseluar dalam tanpa baju.
Katanya lagi, polis tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada Isnin di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati punca kematian adalah akibat trauma tumpul pada bahagian kepala.
“Justeru kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang tinggal serumah dengan mangsa yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
“Identiti pasangan suami isteri berkenaan masih belum dikenal pasti.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-7762222 atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Subkey Alisa di talian 013-9285436,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Mon May 15 2023
![Lelaki Indonesia dibunuh, mayat dibuang dalam tangki najis Lelaki Indonesia dibunuh, mayat dibuang dalam tangki najis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684149341_GARISANPOLIS.jpg)
Mayat mangsa berusia anggaran 40-an ditemui dalam keadaan berkain sarung dan berseluar dalam tanpa baju. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721105066_FarahKartini.jpg)
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
![Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720951991_lemas.jpg)
Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan
Polis menahan lima individu selepas seorang rakan mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lemas dalam kejadian di kolam renang dekat sebuah hotel di sini pada awal pagi Sabtu.
![Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720929089_mayat.jpg)
Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.
![Lelaki maut ditikam di perhentian bas Lelaki maut ditikam di perhentian bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720860160_tbtikam.jpg)
Lelaki maut ditikam di perhentian bas
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku di sini meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah disyaki akibat ditikam.
![Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
![Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720518963_RabidinSatir.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang lelaki.
![Lelaki dihukum penjara 30 tahun bunuh bekas Ketua MCA Marang Lelaki dihukum penjara 30 tahun bunuh bekas Ketua MCA Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720518472_OngChowLeeRELA.jpg)
Lelaki dihukum penjara 30 tahun bunuh bekas Ketua MCA Marang
Bekas anggota Rela dihukum penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dengan menembak mati bekas Ketua MCA Bahagian Marang Fong Swee Fuan, tiga tahun lalu.
![Tarikh baharu sebutan semula kes bunuh pelajar kolej vokasional 25 Julai ini Tarikh baharu sebutan semula kes bunuh pelajar kolej vokasional 25 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715853773_TBMAHKAMAHMAJISTRE.jpg)
Tarikh baharu sebutan semula kes bunuh pelajar kolej vokasional 25 Julai ini
Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup, kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.
![Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718701646_tikambunuh.jpg)
Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.