KUANTAN: Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan pada awal pagi Ahad.
Lelaki berusia 25 tahun yang menetap di Permatang Badak itu ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran 'sayang awok' pada motosikal ditunggangnya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, suspek antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) daerah Kuantan antara jam 1 hingga 5 pagi Ahad.
Menurutnya, operasi itu dilakukan oleh seorang pegawai bersama tujuh anggota dari BSPT daerah Kuantan.
"Suspek disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Kita pun 'sayang awok jugok' dan ibu bapa atau penjaga mohon pantau anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit," katanya pada Ahad.
Tambah Kamarulzaman, dua lagi individu yang masing-masing berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu.
"Kedua-dua suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) di jalan Tanah Putih dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
"Kesemua suspek dibawa ke balai polis trafik Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 66 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.
Katanya, kesalahan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan antara paling tinggi iaitu sebanyak 19 notis.
"Kesalahan lain yang dikesan seperti cermin sisi sebanyak 14 notis, ubah suai kenderaan (12), ekzos (8), lesen pula empat dan sebagainya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 30 2023

Lelaki berusia 25 tahun yang menetap di Permatang Badak itu ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran 'sayang awok' pada motosikal ditunggangnya. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.

Pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan
Seorang pekerja syarikat pinjaman wang cedera di bahagian belakang bahu kanan selepas terkena tembakan dalam satu kejadian di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, di Setiu dekat sini tengah hari tadi.

Lelaki guna nombor plat 'sayang awok' ditahan
Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan pada awal pagi Ahad.

JPJ Kelantan kutip RM3.6 juta hasil bidaan nombor pendaftaran DEN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil bidaan siri pendaftaran DEN dalam tempoh lima hari.

Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).

Anggota polis disaman guna nombor pendaftaran 'fancy'
Saman dikeluarkan terhadap anggota polis tersebut kerana menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dan menunggang tanpa cermin pandang.

Tular guna nombor pendaftaran 'fancy', pemilik BMW disaman
Klip video berdurasi 11 saat itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain di sebuah laluan di ibu negara memaparkan BMW berwarna kelabu berkenaan menggunakan nombor pendaftaran 'fancy'.

Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan
Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan tersebut sekitar 8.45 malam.

UTeM sasar kutip RM5 juta jual nombor plat eksklusif
Lima kategori nombor kenderaan eksklusif iaitu bronze, silver, gold, diamond dan platinum akan dibuka untuk bidaan bermula pada harga RM450 hingga RM30,000.

SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA
Bagaimanapun, SPRM tidak melakukan serbuan ke atas SADA, malah tiada kakitangan syarikat itu ditahan setakat ini.