KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya menjual nombor pendaftaran DEL 7 dengan bidaan harga RM95,088 pada sesi pelaksanaan Jpjebid yang dibuka selama lima hari bermula 21 Julai lalu.
Nombor pendaftaran berkenaan tertinggi dibida diikuti DEL 6 yang dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 ketiga tertinggi dengan tawaran RM64,559.
Manakala nombor pendaftaran DEL 8 pula dijual dengan harga bidaan RM60,088, diikuti DEL 11 pada harga RM58,000.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JPJ Kelantan memaklumkan, sesi bidaan nombor pendaftaran DEL yang berakhir pada pukul 10 malam 25 Julai lalu berjaya memperolehi kutipan hasil RM2.04 juta.
"Selama lima hari berlangsung sistem bidaan menerusi JpjeBid, ia melepasi jangkaan sasaran.
"Seramai 857, 569 pengguna berdaftar menerusi sistem bidaan JPJeBid sehingga tarikh tutup siri manakala sejumlah 2,292 pembida menyertai bidaan nombor pendaftaran DEL sejak ia dibuka" kata kenyataan itu lagi.
Dalam perkembangan sama, seramai 1,129 pembida berjaya memperolehi nombor pendaftaran yang dibida manakala 16 pembida direkodkan membida nombor pendaftaran DEL 7.
Vivi Sumanti
Thu Jul 28 2022

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya menjual nombor pendaftaran DEL 7 dengan bidaan harga RM95,088.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).