KUALA NERUS: Lelaki yang tular kerana sentiasa mendukung dan menjaga bapanya seperti bayi kini mula mengorak langkah mencari pekerjaan lebih stabil selepas bapanya meninggal dunia pada Ahad lalu.
Mohd Farihan Ab Hamid, 31, berkata, sepanjang sembilan tahun menjaga bapanya, banyak pekerjaan dilakukan namun tidak bertahan lama kerana bapanya enggan berenggang dan sering menangis kerana tidak mahu berjauhan dengannya.
"Banyak kerja saya pernah buat seperti menjadi pengawal keselamatan, kerja pungut sampah, namun tidak bertahan lama sebab saya tidak boleh tinggalkan ayah.
"Sepanjang tempoh itu perbelanjaan berjimat. Ada wang bantuan pun digunakan dengan cermat.
"Sekarang masa yang sesuai untuk saya mencari kerja dan bekerja dengan lebih baik untuk menyara keluarga," katanya yang mempunyai dua orang cahaya mata berusia lapan bulan dan enam tahun.
Farihan berkata, dia tidak memilih kerja asalkan berpunca daripada rezeki yang halal dan tidak jauh dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Nerus.
Katanya, isterinya, Maziana Abdul Manan, 37, juga tidak bekerja kerana perlu menjaga anak yang masih kecil.
"Kalau nak hantar anak-anak ke pusat jagaan atau pengasuh kami tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Lebih baik anak-anak dijaga oleh isteri dan saya bekerja.
"Saya pun tidak senang duduk juga sebab masih belum dapat kerja yang sesuai. Mungkin belum ada rezeki lagi.
"Saya harap Ramadan kali ini dapat merubah nasib kami sekeluarga dan saya mendapat pekerjaan yang lebih baik," katanya.
Bapa Mohd Farihan, Allahyarham Ab Hamid Mat Hussin, 64, meninggal dunia pada Ahad lalu di rumah sewa mereka di Kampung Gong Pak Jin di Kuala Nerus dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Keruak di Besut.
Dua tahun lalu, kisah Mohd Farihan yang tidak pernah berenggang menjaga bapanya dengan mendukung ke mana-mana sahaja termasuk menaiki motosikal pernah tular di media sosial.
Kisah itu ditularkan seorang pengguna laman sosial Facebook setelah bertemu Mohd Farihan membawa bapanya dengan menunggang motosikal ke sebuah pasar raya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 21 2022

Mohd Farihan (dua, kanan) mula mencari pekerjaan selepas bapanya yang dijaga sejak sembilan tahun lalu meninggal dunia pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lelaki dukung bapa mula cari kerja untuk sara keluarga
Farihan berkata, dia tidak memilih kerja asalkan berpunca daripada rezeki yang halal dan tidak jauh dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Nerus.