Pengguna yang melalui Jalan Yan pagi tadi gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki bersama motosikalnya di tebing sebuah sungai di sini.
Mangsa, Ahmad Mubarik Othman, 23, ditemukan di sisi skuter Yamaha Nouvo di tebing Sungai Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.29 pagi tadi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba Yan yang diketuai PBK II Radzi Talib tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal sendirian dari rumahnya di Taman Ria Mesra, Gurun ke tempat kerja.
Mangsa yang bertugas sebagai jurujual barangan binaan itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke dalam sungai.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 22 2020
Mayat Ahmad Mubarik ditemukan di dalam sungai bersama motosikalnya. -Foto JBPM
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki ditemukan maut dipercayai terbabas ke dalam sungai bersama motosikal
Mangsa, Ahmad Mubarik Othman, 23, ditemui berada bersama skuter Yamaha Nouvo di tebing sungai berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.