JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam satu kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi.
Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 7.50 pagi.
Beliau berkata mangsa yang dikenali sebagai Lee Ming How, 44, ditemukan terbaring dalam rumah.
"Susulan dari itu, isteri mangsa berusia 35 tahun telah ditahan dan akan dimohon reman hari ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mereka, dipercayai berusia 11 tahun.
Pasangan itu difahamkan mempunyai seorang lagi anak iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Raub berkata pihaknya masih menyiasat senjata dan motif kejadian serta satu kenyataan akhbar lebih lengkap akan dikeluarkan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.
"Saya memang kenal pasangan suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.
"Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang dalam bahasa Mandarin," katanya kepada pemberita.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 7.50 pagi. - Foto BERNAMA
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya
Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mereka, dipercayai berusia 11 tahun.