Seorang lelaki berusia 30-an ditahan di sebuah rumah ibadat, di sini kerana menghalang tugas penjawat awam dengan mempertikai dan menghamburkan kata-kata kesat kepada polis selepas diminta akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, pihak polis yang membuat pemantauan di rumah ibadat itu kira-kira 10.30 pagi berikutan penguatkuasaan perintah berkenaan telah mendapati sekumpulan individu berada di situ.
"Pihak polis telah memberi penjelasan kepada mereka mengenai perintah ini dan meminta mereka beredar dan mereka yang lain akur cuma seorang individu cuba mempertikaikan pihak berkuasa jadi polis memutuskan untuk tahan dia.
"Tapi kita tahan dia bukan sebab langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan tapi kerana menghalang tugas penjawat awam selepas kita minta dia beredar, dia tidak mahu beredar, dia maki kita, tidak mahu bagi kerjasama," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Adzli mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan perintah yang telah dikeluarkan dan akur dengan arahan pihak berkuasa yang menjalankan pemantauan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan nasihat kepada orang ramai agar patuh kepada semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 19 2020

Lelaki berusia 30-an ditahan di sebuah rumah ibadat kerana menghalang tugas penjawat awam.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Motif pembunuhan dua beranak dipercayai akibat keganasan rumah tangga - Polis
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Adzli Abu Shah dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah baharu
Lantikan Adzli bagi menggantikan DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor yang menjadi Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Tukang kebun meninggal dunia selepas baca Al-Quran
Abdul Wahab yang bertugas di SK Darulaman dikatakan sedang membaca Al-Quran di bahagian belakang ruang solat sebelum tiba-tiba rebah.

Polis buru enam lelaki pecah masuk kedai peralatan elektrik
Polis memburu enam lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik dan melarikan 24 gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan lain di Taman Beringin Indah awal pagi tadi.

Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Fenomena air pasang: Tujuh lokasi berisiko dikenal pasti di Kuala Muda
Air sedalam 0.1 meter mula memasuki rumah pada jam 12 tengah malam dan mula surut beberapa jam kemudian.

Polis kenal pasti identiti lelaki bertongkat
Polis sudah mengenal pasti lelaki misteri yang muncul di pekarangan sebuah rumah awal pagi Khamis lalu.

Polis tahan dua lelaki keluar kata kesat, ugut rempuh SJR
Lelaki berusia 44 tahun yang menunggang sebuah motosikal ini kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berkata 'arahan bodoh semua ini'.

Majikan perlu bawa pekerja guna pengangkutan bersesuaian - KSM
Pemandu lori berkenaan disaman kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan kerana menggunakan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) bagi tujuan lain.

Nelayan hilang selepas bot dipanah petir ditemui mati
Mayat Mohd Nasir ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok pada pukul 12.30 tengah malam.