KUALA LUMPUR: Gara-gara pertengkaran mulut, seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging, minggu lepas.
Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun menjatuhkan hukuman itu ke atas Ong Kim Chui, 45, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Ong Boon Choon, 38, dengan pisau di sebuah rumah di Batu Caves pada 12 tengah hari, 13 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana dia boleh dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen sama.
Mahkamah turut memerintahkan Ong menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 15 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini ialah adik kandungnya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak bekerja dan mempunyai isteri serta seorang anak berusia setahun dua bulan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku pertengkaran mulut antara adik beradik itu dipercayai berpunca daripada perbuatan kasar tertuduh terhadap bapa mereka.
Tertuduh kemudian menolak mangsa dan mengambil pisau pemotong daging lalu mengacukan ke arah muka mangsa.
Pisau itu terkena bahagian kiri muka mangsa yang kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Mahkamah memerintahkan Ong menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 15 April lepas. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.