Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang sejak semalam (Jumaat), ditemui lemas di tebing sungai Kampung Pasir Salak, di sini hari ini.
Mangsa, Mohamad Khairi Salleh, 33, dari Kampung Telok Sena, Lambor Kiri, bekerja sebagai buruh, ditemui tanpa pakaian dalam keadaan tertiarap di dalam air, kira-kira 8 kilometer jarak dari rumah dan lokasi dia ditemui.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Suprintendan Barudin Wariso, mangsa menghidap sakit mental dan sedang menerima rawatan dari Hospital Teluk Intan.
"Pada 31 Oktober lalu, mangsa telah menerima suntikan rawatan mental dari pegawai perubatan Hospital Teluk Intan dan sebelah petangnya setelah habis kerja, mangsa balik rumah dan ibunya mendapati mangsa dalam keadaan gelisah dan berpeluh-peluh.
"Mangsa kemudian mandi di bilik air, selesai mandi lebih kurang pukul 7.30 malam, menurut ibunya, mangsa dalam keadaan bertuala keluar rumah melalui pintu belakang dan tidak pulang pada malam berkenaan.
"Usaha mengesan mangsa diteruskan pada 1 November dari pagi hingga petang, tetapi tidak jumpa sehinggalah hari ini, mangsa dijumpai mati lemas dalam sungai,"katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan luka akibat perbuatan jenayah dan pengecaman mayat juga telah dibuat oleh ibu mangsa, melalui satu gelang getah yang dipakai mangsa.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar turut bergegas ke lokasi bagi membantu membawa naik mangsa ke daratan.
Aida Aziz
Sat Nov 02 2019
![Lelaki dikhuatiri hilang, ditemui lemas tanpa pakaian Lelaki dikhuatiri hilang, ditemui lemas tanpa pakaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81572683899_mayat.jpg)
Mangsa, Mohamad Khairi Salleh, 33, dari Kampung Telok Sena, Lambor Kiri, bekerja sebagai buruh, ditemui tanpa pakaian dalam keadaan tertiarap di dalam air. - Foto JBPM
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713134972_Kemalangan.jpg)
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
![Pesara polis maut motosikal langgar jengkaut Pesara polis maut motosikal langgar jengkaut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684923021_GARISANPOLIS.jpg)
Pesara polis maut motosikal langgar jengkaut
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 55 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gajah.
![Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697017527_maut.jpg)
Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah
Dua wanita maut manakala sepasang suami isteri cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gajah hari ini.
![Pemandu lori tong gas maut kemalangan Pemandu lori tong gas maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679948988_Pemanduloritongga.jpg)
Pemandu lori tong gas maut kemalangan
Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, Pasir Salak pada Isnin.
![6 kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gajah 6 kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676071416_KebakaranPremis.jpg)
6 kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gajah
Kebakaran itu memusnahkan empat kedai runcit, sebuah kedai perkakasan dan kedai perabot.
![Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673357025_kemalanganmautbat.jpg)
Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah
Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa bersama dua lagi penumpang dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Kampung Gajah.
![Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672500273_Penontonmautdiremp.jpg)
Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor
Seorang lelaki maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah pada Sabtu.
![Meriah berganda di Kampung Gajah, musim durian, musim pilihan raya Meriah berganda di Kampung Gajah, musim durian, musim pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667736859_musimdurianKampu.jpg)
Meriah berganda di Kampung Gajah, musim durian, musim pilihan raya
Musim pilihan raya di Kampung Gajah, Perak pada tahun ini mungkin boleh dianggap istimewa bagi penggemar durian.
![Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619787297_mekanikmelecurdiba.jpg)
Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik
Seorang mekanik parah selepas dikatakan dibakar seorang individu yang berang kerana kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak.
![Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609209575_ikanmati.jpg)
Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak
Tiga potensi itu dikenal pasti berdasarkan input daripada pengadu yang kemudian disusuli dengan siasatan oleh pegawai JAS Perak.