MELAKA: Bapa empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas tuduhan mencederakan isteri hingga parah kerana mangsa menolak ajakan untuk bersetubuh.
Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap isterinya dengan cara menghantukkan kepala ke hidung mangsa.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, pada 12 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah menakutkan mangsa sama secara jenayah dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas tertuduh berang apabila mangsa menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks.
Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon jaminan tidak dibenarkan bagi pertuduhan pertama sebagaimana tertakluk di bawah seksyen, namun jika mahkamah mahu menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan RM20,000 kepada tertuduh.
Beliau juga memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap 1 hari bulan di balai polis terdekat, pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Tertuduh diwakili Peguam Ishak Mohd Kari memohon jaminan rendah kerana tertuduh yang bekerja sebagai mekanik perlu menyara empat orang anak selain isterinya telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.
10 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap isterinya dengan cara menghantukkan kepala ke hidung mangsa. - Gambar/ Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki didakwa hantuk kepala ke muka isteri tolak hubungan seks
Bapa empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas tuduhan mencederakan isteri hingga parah kerana mangsa menolak ajakan untuk bersetubuh.

Suami hantuk kening isteri dipenjara tiga bulan
Tindakan seorang suami menghantukkan kepalanya ke kening isteri hingga mangsa menerima tujuh jahitan, mengundang balasan apabila dia dipenjara tiga bulan.